Netizen Persoal Sampul Putih Diterima Ezam, Disyaki Dari Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial sebuah video memaparkan bekas senator, Ezam Mohd Noor, menerima sampul berwarna putih dipercayai daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika hadir di pentas kempen Rakyat Bangkit di Kedah baru-baru ini.

Video berdurasi 23 saat itu dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun fitnahapa itu telah meraih lebih 2,910 tanda suka dan 1,259 komen setakat hari ini.

Menerusi rakaman berkenaan, Ezam ketika itu dilihat sedang duduk, membetulkan kain pengelap cermin mata berwarna putih dari poket kirinya sebelum seorang individu, dipercayai Takiyuddin, menghampiri dan menyerahkan sampul bewarna putih kepadanya.

@fitnahapahariini

Patut semangat lain macam Ezam kempen turun Anwar ,rupanya ada sampul putih dari Takiyuddin haha : #anwaribrahim #madani #fyp #madanibekerja #fitnahapahariini #viral

♬ bunyi asal – FitnahApaHariIni – FitnahApaHariIni

Ezam kemudian dilihat menoleh ke kanan sambil tersenyum dan memasukkan sampul itu ke dalam poket kanan bajunya.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah aktivis Chegu Bard dan seorang individu yang dikenali sebagai peguam.

Di ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan isi kandungan sampul tersebut, dengan pelbagai spekulasi dan andaian timbul mengenai maksud di sebalik pemberian itu.

BBerkaitan

Latest articles