Dua Kanak-kanak Trauma Jadi Mangsa Cabul, Pijak, Kurung Bapa Tiri

MELAKA: Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini membenarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang peniaga kerana disyaki mencabul, memukul, memijak serta mengurung anak dua anak tirinya berusia lima dan enam tahun dua minggu lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula hari ini sehingga 20 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar kira-kira 6.30 petang 5 Julai lalu semasa pengadu, wanita berusia 25 tahun sedang membawa mangsa iaitu dua anak perempuannya masing-masing berusia lima dan enam tahun makan di Cheng.

“Ketika itu, pengadu telah dihubungi suspek yang merupakan bekas suaminya untuk berjumpa sebelum anaknya berusia lima tahun tiba-tiba menangis ketakutan dan enggan berjumpa dengan suspek.

“Kanak-kanak itu mendakwa mereka berdua sering dipukul, ditampar, dipijak dan ditumbuk bapa tirinya itu semasa ketiadaan ibunya,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette.

Tambahnya, mangsa berusia enam tahun pula memberitahu dia semasa berada di dalam bilik tidur, suspek telah membuka pakaian dan berbogel di hadapannya serta meraba kemaluan mangsa beberapa kali.

“Mangsa yang merupakan anak wanita itu bersama bekas suami terdahulu juga mendakwa ditutup mulutnya dengan pita pelekat dan dikurung di dalam kotak oleh suspek sebelum dia mengugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

“Pol 59 telah dikeluarkan kepada kedua-dua mangsa yang kini sedang mendapatkan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

Susulan laporan diterima daripada pengadu di Balai Polis Rembia semalam, sepasukan polis dari telah ke tempat kejadian di Taman Seri Pelangi, Alor Gajah dan menahan suspek petang semalam.

“Hasil ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati negatif dadah dan suspek direman pagi ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles