Anak Tommy Thomas Cedera Ditahan Ketika Protes Pro-Palestin

SYDNEY, – Hannah Thomas, anak kepada bekas Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di muka ketika ditahan polis dalam satu protes pro-Palestin di Belmore, Sydney.

Hannah Thomas, 35, yang juga bekas calon Parti Greens, dipercayai terjatuh dan terkena hentakan pada bahagian mata semasa cuba ditahan. Rakaman video kejadian menunjukkan beliau ditarik oleh anggota polis sebelum rebah ke tanah.

Protes berkenaan diadakan di hadapan sebuah syarikat yang didakwa membekalkan komponen kepada pesawat Tentera Israel. Polis New South Wales menganggap perhimpunan itu tidak sah dan bertindak menyuraikan peserta.

Hannah Thomas bahaimana dilaporkan tidak didakwa, namun empat individu lain ditahan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Bankstown pada 15 Julai.

Polis memaklumkan insiden kekerasan itu tidak akan disiasat sebagai insiden kritikal, namun akan disemak seperti biasa. Parti Greens mengecam tindakan polis dan menyatakan sokongan penuh kepada Thomas.

BBerkaitan

Latest articles