PM Sahkan Sultan Brunei Sedang Dirawat Di IJN, Alami Kepenatan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini sedang menjalani rawatan dan berehat di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut Anwar, baginda berada dalam keadaan penat dan memilih untuk berehat, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenai tahap kesihatan Sultan Brunei itu.

“Sultan Brunei dalam keadaan penat dan sedang berehat di IJN,” katanya ringkas pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, hari ini.

Sultan Hassanal Bolkiah merupakan antara 10 pemimpin ASEAN yang berada di Kuala Lumpur sempena sidang kemuncak dua hari itu yang berakhir hari ini.

Terdahulu, spekulasi mengenai keadaan kesihatan baginda mula tular dalam kalangan pengamal media selepas dikatakan mengalami serangan jantung, namun tiada pengesahan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Istana Brunei atau IJN berkenaan status kesihatan terkini baginda.

BBerkaitan

Latest articles