Pekerja Pasar Raya Tak Mengaku Salah Cabul, Rogol Remaja 16 Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga stor sebuah pasar raya berdepan denga dua pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol remaja perempuan bawah umur pada Mac lalu.

Tertuduh, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown dan mohon dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Juraidah Abbas.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 16 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pertengahan Mac lalu antara jam 1 hingga 6 pagi di sebuah pangsapuri di Tanjung Tokong.

Bagi kesalahan tersebut, lelaki yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa di lokasi dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Ketika prosiding Timbalan Pendawa Raya, S. Preeya Darrsini menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai penjaga stor di pasar raya dengan pendapatan bulanan RM1,800 selain bapanya yang akan membayar wang jaminan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 13 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes bagi serahan dokumen serta lantikan peguam

BBerkaitan

Latest articles