KUALA LUMPUR: Asrama SMK Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh di Kuala Lumpur, dilaporkan musnah dalam satu kebakaran malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba Kuala Lumpur berkata kebakaran dilaporkan pada 8.30 malam dan api kini berjaya dipadamkan dan dikawal.
“Setakat ini tiada sebarang kemalangan nyawa atau kecederaan dilaporkan,” kata jurucakap itu.
Terdahulu Kosmo! melaporkan bangunan asrama itu menempatkan seramai 96 pelajar.