KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjelaskan kehadirannya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan pada Selasa lalu adalah sebagai tetamu, dan bukannya sebagai artis yang dibayar untuk membuat persembahan.
Kenyataan dari Biduanita Negara itu tampil selepas pelbaga pihak mempersoalkan perbelanjaan kementerian itu menganjurkan majlis sebegitu meriah, termasuk dengan persembahan artis popular tanah air.
Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di akaun Facebook Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, selain Siti, penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah turut membuat persembahan.
“Saya menyanyi kerana saya mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Tegas Siti, penjelasan itu penting bagi bagi menghentikan penyebaran berita yang tidak sahih.










