Insiden Berturut Babitkan Jalur Gemilang, AMK Gesa KDN Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR: Kekerapan insiden membabitkan Jalur Gemilang yang berlaku sejak kebelakangan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kedaulatan dan keharmonian negara.

Sehubungan itu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai menggesa satu siasatan dan tindakan tegas segera diambil terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi supaya ia tidak berulang lagi di masa akan datang.

Menurut Ketua AMK Lembah Pantai, Amelia Zainabila Zaiffri, insiden Jalur Gemilang tidak lengkap sama sekali bertentangan dengan peruntukan di bawah Seksyen 3 (1) (A) Akta 414 yang melarang penggunaan atau paparan lambang yang ditetapkan tanpa kebenaran bertulis dan Seksyen 3 Akta 193 yang mengawal paparan lambang Kebangsaan.

“Kami membuat laporan polis dengan merujuk Akta berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kami berharap polis mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang bersalah dalam hal ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu Amelia ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Brickfields berhubung insiden Jalur Gemilang yang tidak lengkap membabitkan salah satu pempamer di Pameran Bayi Mid Valley seperti yang tular semalam.

Insiden itu dipercayai kali ketiga dilaporkan berlaku selepas dua buah portal media menyiarkan Jalur Gemilang yang tidak lengkap.

Dalam pada itu pempamer di pameran bayi berkenaan telah membuat permohonan maaf dan bertindak menutup booth jualan mereka serta-merta.

BBerkaitan

Latest articles