Pendakwah Diperintah Bayar RM2.5 Juta Kepada KJ

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan seorang pendakwah, Rasyiq Alwi, membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, susulan kenyataan berunsur fitnah berkaitan status vaksinasi Khairy.

Khairy memfailkan saman terhadap Rasyiq pada tahun 2022 atas dakwaan bahawa pendakwah itu menuduh beliau ‘berbohong’ mengenai status vaksinasinya.

Dalam penghakimannya, Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan berpandangan bahawa kenyataan dibuat oleh Rasyiq adalah tidak benar dan telah mencemarkan nama baik plaintif.

“Defendan juga secara terang-terangan tidak menghiraukan budi bicara mahkamah dengan cuba melengahkan perbicaraan dan keputusan hari ini melalui permohonan untuk membuka semula kes,” kata hakim.

“Mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan percubaannya untuk menyekat kes itu,” tambahnya lagi.

Terdahulu, perbicaraan diteruskan tanpa kehadiran Rasyiq walaupun tarikh perbicaraan telah dimaklumkan oleh pihak peguam Khairy kepada defendan.

BBerkaitan

Latest articles