Rebat Rahmah: Tambahan Kuota Minimum 5GB Sempena Hari Raya

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian insentif rebat Rahmah berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada seluruh pengguna telekomunikasi warga Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan perkara itu dalam sidang media sambil menambah ia diberikan kepada pengguna prabayar dan pascabayar

Katanya, tambahan kuota data itu sah bagi tempoh minimum 24 jam yang tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile serta TM Tech.

YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

“Kementerian Komunikasi berharap inisiatif ini dapat mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Maklumat lanjut insentif itu akan diumumkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan orang ramai juga boleh merujuk senarai soalan lazim di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan ini.

BBerkaitan

Latest articles