Kes Ismail Sabri: Jangan Jatuh Hukuman Awal – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak untuk tidak menjatuhkan hukuman terlalu awal terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata semua pihak perlu menghormati proses undang-undang memandangkan Ahli Parlimen Bera itu baru disiasat dan belum ada pendakwaan dibuat.

Tegas beliau, siasatan perlu dilakukan secara profesional dan tidak melibatkan campur tangan mana-mana pihak.

“Biarkan proses (siasatan) berjalan. Kita di sini tidak boleh ke tahap menghukum dan biarkan proses siasatan dilaksanakan secara profesional.

“Tambahan pula dalam kes membabitkan Ismail Sabri tiada apa-aa pendakwaan lagi.

“Sebaliknya, kalau ada soalan sama ada seseorang itu boleh atau tidak (didakwa dan disabitkan kesalahan), itupun masalah juga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Parlimen Malaysia, di sini, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

BBerkaitan

Latest articles