Barcelona – YTL Communications mencipta kejayaan antarabangsa di GTI Awards 2025, memenangi Anugerah Inovasi Bersepadu 5G-A×AI atas pelaksanaan Yes 5G SA Private Network di Clarion Malaysia, menjadikannya kilang pintar pertama di Malaysia berasaskan 5G.
Anugerah ini melengkapkan kemenangan syarikat di Asian Telecom Awards 2025, di mana mereka meraih “Inisiatif Pelanggan B2B Terbaik” dan “Penyelesaian Kesalinghubungan Inovatif Tahun Ini”.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, **Wing K. Lee**, berkata, “Pengiktirafan ini membuktikan inovasi kami dalam memacu transformasi digital, memperkasa industri, dan menyumbang kepada ekonomi negara.” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini,

Penerapan Yes 5G SA Private Network di Clarion Malaysia meningkatkan automasi dan kecekapan operasi, mengurangkan 100% kesilapan manual serta mempercepat masa pemprosesan sebanyak 70%. Teknologi AI, IoT dan robotik turut menyumbang kepada kecekapan pengendalian bahan sebanyak 80%.
Sementara itu Di Asian Telecom Awards 2025, YTL Communications turut diiktiraf menerusi Yes Managed Wi-Fi, penyelesaian rangkaian yang menggabungkan 5G dan virtualisasi awan untuk menyediakan kesalinghubungan yang cekap, fleksibel dan bersepadu.
Teknologi ini telah diterapkan di resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, membolehkan perkhidmatan Wi-Fi yang lancar tanpa memerlukan infrastruktur gentian optik yang mahal.
Kemenangan ini mengukuhkan peranan YTL Communications sebagai peneraju inovasi 5G dan AI, membawa perubahan dalam sektor perusahaan dan memacu Malaysia ke arah masa depan digital yang lebih maju.