Tiga Lelaki Bersenjata Rompak Kedai Emas

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai malam tadi, dengan dua suspek memasuki premis sementara seorang lagi menunggu di dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut, yang dipercayai melibatkan penggunaan senjata api.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 8.36 malam. Seorang daripada suspek dipercayai bersenjata api ketika melakukan rompakan. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, beberapa rakaman video insiden berkenaan kini tular di media sosial, memperlihatkan dua lelaki bertopeng sedang merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya tersebut.

BBerkaitan

Latest articles