Tiga Anak Bekas Wartawan Utusan Terima Bantuan Sempena Ramadan

SERI KEMBANGAN: Tiga anak kepada bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar, menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan daripada Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM).

Setiausaha PGDM, Izwan Khairuddin berkata sumbangan itu sebagai sokongan sempena bulan Ramadan selain berharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh tiga anak-anak berkenaan.

“Kami berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat sedikit meringankan bebanan yang mereka pikul. Kami juga mendoakan agar segala urusan mereka berjalan dengan lancar,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di kediaman mereka di Kota Perdana Seri Kembangan, di sini.

Turut menyampaikan sumbangan itu adalah wakil petugas media, Yuisriah, yang telah berusaha mengumpul dana daripada rakan-rakan pengamal media bagi membantu keluarga tersebut.

Muhammad Basir, 45, meninggal dunia pada 16 Februari 2025 di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, meninggalkan tiga anak berusia antara 10 hingga 15 tahun.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Nor Azlina, yang juga merupakan bekas jurufoto di Kumpulan Utusan telah meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.

Ketiga-tiga anak itu kini dijaga oleh ibu saudara.

Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun penjaga mereka Siti Salha Bt Abu Bakar (CIMB 7618419995).

BBerkaitan

Latest articles