Wanita Warga Jepun Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Kondominiun

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat, mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.

Beliau berkata pemeriksaan awal pada tubuh mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan daripada perlakuan jenayah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan suri rumah sepenuh masa dan telah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun. Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan mayat wanita itu akan diserahkan kepada suaminya,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata kes disiasat sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

BBerkaitan

Latest articles