Penjual Jagung Didenda RM400, Isteri Kena Penjara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Sepang menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM400 terhadap penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berbaur perkauman.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta pertuduhan pilihan bawah Seksyen 268 kanun yang sama.

Manakala isterinya, seorang warga Indonesia dipenjara tiga bulan selepas didapati bersalah atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Pasangan suami isteri itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang dan masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Lelaki berusia 64 tahun itu, sebelum ini ditahan bersama isterinya yang berusia 52 tahun di Jalan Labuhan Dagang – Nilai, Sepang, pada 17 Februari lalu

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G K Shan Gopal, berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan pada 16 Februari lalu berkaitan video tular di media sosial kejadian seorang peniaga jagung meletakkan notis berbaur perkauman.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan arahan diberikan untuk menuduh penjual jagung ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan

“Isteri peniaga ini dituduh mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar menjaga hubungan antara kaum dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles