Tiada Salah Laku Dalam Projek RM4 Juta DBKL

KUALA LUMPUR: Tiada unsur jenayah didapati berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkait pemberian projek RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mendapati hasil semakan terhadap dokumen daripada DBKL pada 7 Feb lepas berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio DBKL.

“Bagaimanapun, semakan SPRM mendapati terdapat beberapa kelemahan dari segi tatakelola pada garis panduan DBKL dan ia perlu diperkemas.

“Oleh yang demikian, Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM sedang meneliti amalan dan beberapa prosedur DBKL berkenaan proses perolehan dan pembayaran kepada pihak tertentu mengikut garis panduan dan peraturan sedia ada,” katanya, lapor Bernama.

Pada 6 Februari lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif mengesahkan dokumen dan maklumat berhubung dakwaan salah laku tersebut sudah diserahkan kepada SPRM.

 

BBerkaitan

Latest articles