Akmal Gesa Tindakan Undang-Undang Dikenakan Ke Atas Penjual Jagung Rasis

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap penjual jagung dengan papan tanda berunsur perkauman bukan hanya sekadar berkahir dengan permohanan maaf.

Katanya, tindakan undang-undang perlu diambil untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain.

“Saya minta tindakan seperti ini yang menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang, bukan hanya berakhir dengan meminta maaf saja.

“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu, lepas itu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas,” katanya menerusi catatan Facebook.

Sebelum ini, tular satu rakaman video di media sosial selepas seorang penjaja tepi jalan meletakkan papan tanda berunsur perkauman di atas meja yang digunakan untuk menjual jagung bakar.

Penjaja terbabit meletakkan kertas menyatakan dia tidak menjual jagung itu kepada orang India.

Semalam, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dilaporkan berkata, penjual jagung itu sudah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, khasnya masyarakat India, atas tindakannya.

Beliau berkata, lelaki itu juga berjanji tidak akan mengulangi tindakan sama kelak.

 

BBerkaitan

Latest articles