Malaysia-Qatar Bincang Isu Pelanggaran Syarat Gencatan Senjata Rejim Zionis

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Qatar berbincang berhubung pelanggaran syarat gencatan senjata di Gaza yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi laman facebooknya memaklumakan perkara itu dibincangkan selepas beliau menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, malam tadi.

“Menerusi perbualan telefon, kami berbincang mengenai situasi terkini di Gaza terkait perlanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

“Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendokong setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan, selain menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut menyunjung usaha gigih yang dilakukan Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan gencatan senjata di Gaza mesti dijadikan batu loncatan ke arah matlamat menubuhkan negara Palestin yang berdaulat, sah dan bebas.

Justeru, beliau berkata komuniti antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata itu dipatuhi bagi membuka jalan perbincangan fasa seterusnya yang akan membawa kepada ketenangan berkekalan dan pembinaan semula Gaza.

Hamas dan Israel telah mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata pada 19 Januari lalu selama 42 hari dan berkahir 1 Mac depan melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahan Palestin.

 

BBerkaitan

Latest articles