Kempen Keselamatan Dalam Talian Diperluas ke 10,000 Sekolah, Universiti

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sedang menggerakkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan internet.

Kempen ini akan diperluaskan ke lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Dalam kenyataan sempena Hari Keselamatan Internet 2025 yang disambut hari ini, kementerian memaklumkan bahawa inisiatif ini turut melibatkan komuniti bagi memperkukuh pemahaman orang ramai tentang keselamatan dalam talian.

“Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Kempen ini memberi tumpuan kepada larangan pemilikan akaun media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun serta memastikan penggunaan internet berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, ia turut meningkatkan kesedaran untuk mencegah jenayah siber seperti penipuan dalam talian, judi dalam talian, buli siber, dan eksploitasi kanak-kanak, di samping menggalakkan penggunaan internet secara selamat dan beretika.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian ini telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, di Universiti Malaysia Kelantan pada 21 Januari lalu.

BBerkaitan

Latest articles