Suami Isteri Ditahan Disyaki Dera Anak 7 Tahun Hingga Maut

KUALA LUMPUR: Seorang budak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof memaklumkan pihaknya menahan ibu bapa kanak-kanak malang itu bagi membantu siasatan.

Terdahulu polis menerima panggilan daripada Hospital Kajang memaklumkan kematian kanak-kanak itu pada 1.11 pagi semalam di wad kecemasan selepas dibawa ibu bapanya.

Menurutnya, bedah siasat mendapati banyak tanda kesan dera lama serta baru pada fizikal mangsa dan punca kematian disahkan akibat kecederaan di perut akibat objek tumpul.

“Ibu bapa mangsa telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan akan direman di Mahkamah Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

“Orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau pegawai penyiasat kes Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080 717,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles