Jadikan Sambutan Tahun Baharu Cina Titik Permulaan Perkukuh Perpaduan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan esok menjadi titik permulaan baharu untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi kesejahteraan negara.

“Dalam semangat menyambut perayaan besar kaum Cina, yakni Tahun Baharu Cina, kita diingatkan oleh Confucius yang menekankan bahawa keharmonian menjamin kekuatan.

“Falsafah ini selari dengan usaha membentuk sebuah masyarakat MADANI yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tahun Baharu Cina, yang mengikut kalendar lunar akan disambut esok, menandakan kemunculan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu, semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.

BBerkaitan

Latest articles