Lelaki Berpakaian Ala Mumia Ada Masalah Mental

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berpakaian ala ‘mumia’ sambil berjalan kaki di Jalan Panchang Bedena menghala ke Pekan Sungai Besar, Selangor, telah ditahan polis sekitar jam 12.30 tengah ahri tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitenden Robin Guha Thakurta memaklumkan lelaki itu turut disahkan mengalami masalah gangguan mental.

Terdahulu pihaknya telah mengesan video tular di media sosial memaparkan kejadian itu sekitar jam 10 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumkan, lelaki tempatan berusia 25 tahun itu telah ditahan di Parit 6, Sungai Besar pada jam 12.30 tengah hari pada hari sama.

“Siasatan mendapati, lelaki itu mempunyai masalah mental dan polis telah membawa dia ke Hospital Sabak Bernam untuk rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak pagi tadi tular satu video berdurasi 17 saat memaparkan lelaki berpakaian ‘mumia’ sambil berjalan kaki di sekitar Sungai Besar hingga mencetuskan perhatian orang ramai.

BBerkaitan

Latest articles