Zahid Nasihatkan Orang Ramai Tak Perbesar Lagi Isu Sandwich KK Mart

KUALA LUMPUR: Demi menjaga sensitivity agama di negara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan orang ramai tidak lagi diperbesarkan kontroversi penjualan sandwic berlabel ‘ham & cheese’ yang diragui status halal yang dijual di cawangan KK Mart, dalam premis Universiti Malaya (UM).

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Halal berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar perkara melibatkan sensitiviti agama dikendalikan dengan teliti.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana pihak rangkaian jualan runcit itu telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menarik barangan itu.

“Mungkin satu kesilapan dan kita harap ia jadi pengajaran yang baik,” katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Penutup Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata isu berkaitan penjualan sandwich itu perlu diserahkan kepada Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan polis untuk dikendalikan.

Sebelum ini, Jakim telah mengesahkan daging digunakan dalam sandwic itu halal, namun sandwic itu bersama syarikat pengeluarnya tidak mempunyai pensijilan halal.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, menggesa polis dan agensi berkaitan mengambil tindakan susulan tindakan UM menutup dua cawangan KK Mart sementara menunggu siasatan.

KK Mart sebelum ini juga pernah terpalit isu melibatkan agama Islam apabila menjual stokin yang tertera kalimah ‘Allah’.

BBerkaitan

Latest articles