Pembekal Beritahu Bahan Mentah Dalam Sandwich ‘Ham & Cheese” Ada Sijil Halal

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar sandwich ‘ham & cheese’ memberitahu bahan mentah yang digunakan dalam pembuatan makanan itu mempunyai sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Shake And Bake Cafe Sdn Bhd dalam kenyataan, berkata bahan yang digunakan dalam sandwich itu adalah roti, keju dan kepingan daging ayam.

“Syarikat mengesahkan kepingan daging ayam digunakan dalam sandwich terbabit memiliki sijil halal yang sah daripada JAKIM.

“Kami berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KPDN dan JAKIM untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

Syarikat itu juga mengesahkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta JAKIM telah melakukan siasatan ke atas premis mereka pada Jumaat lalu.

Katanya, Shake and Bake Cafe akan memberikan kerjasama penuh kepada KPDN dan Jakim dalam siasatan itu.

Difahamkan, logo ‘ham and cheese’ ditampal pada pembungkusan sandwich yang menjadi kontroversi itu bukan dihasilkan syarikat pembekal terbabit.

Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mengarahakan penututpan serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

JAKIM turut mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di universiti berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

BBerkaitan

Latest articles