Syukur Sempat Elak Tayar di Tengah Jalan

Seorang pengguna lebuh raya meluahkan rasa syukur selepas berjaya mengelak sebuah tayar yang berada di tengah jalan selepas Simpang Ampat menuju Ayer Keroh, arah Selatan.

Menurut Mariam Yakob, situasi berlaku dengan pantas ketika dia memandu laju sebelum tiba-tiba melihat kenderaan di hadapan memperlahankan kelajuan. Rupa-rupanya, terdapat seketul tayar di tengah lebuh raya.

Beliau yang turut memuat naik video dari papan pemuka kereta itu meluahkan rasa syukur kerana berjaya mengelak tayar lori berkenaan.

“Syukur sempat elak tayar selepas Simpang Ampat sebelum Ayer Keroh, hala Selatan. Tengah laju tiba-tiba nampak semua orang slow di depan. Rupanya ada seketul tayar di hadapan yang kami sempat elak. Syukur Allah selamatkan kami,” katanya dengan penuh kelegaan.

Dalam kejadian kemalangan yang membabitkan lima kenderaan itu, Tujuh orang termasuk kanak-kanak berusia dua tahun di sahkan maut di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata, nahas kira-kira jam 8.40 malam itu membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza.

Katanya, siasatan awal mendapati sebuah lori dan bas masing-masing dipandu lelaki berusia 31 dan 56 tahun dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kanan treler berkenaan tercabut dan berada di tengah-tengah lebuh raya.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah bas terlanggar tayar itu dan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

BBerkaitan

Latest articles