Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari Status PN17

Capital A Bhd telah menghantar cadangan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia, menandakan langkah penting ke arah keluar daripada status Practice Note 17 (PN17).

Pelan tersebut, yang merangkumi pengurangan modal sehingga RM6 bilion, bertujuan untuk memperkukuhkan lembaran imbangan kumpulan dan menghapuskan kerugian yang ditanggung semasa pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata, “Perjalanan ini sudah lama dinanti—kami amat teruja untuk mengambil langkah besar ini ke arah memperbaiki status PN17 kami dan membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Pelan pemulihan ini, termasuk pengurangan modal sehingga RM6 bilion, direka untuk memperkukuhkan lembaran imbangan kami dengan menghapuskan kerugian yang ditanggung semasa pandemik Covid dan mencerminkan nilai sebenar aset asas kami di Capital A.” katanya  di dalam majlis sambutan Krismas di terminal KLIA2 hari ini.

Menurut Tony Fernandes lagi  “Tidak banyak syarikat yang berjaya keluar daripada status PN17, dan mereka yang berjaya biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapainya. Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih luar biasa ialah kami mencapainya sambil mengharungi cabaran yang tidak pernah berlaku sebelumnya akibat Covid.

“Sebaik sahaja pelan ini diluluskan, Capital A akan mengikuti jejak kejayaan AirAsia X yang keluar dari status PN17 hampir setahun lalu. Ini akan menjadi salah satu momen paling membanggakan dalam kerjaya saya—bukti ketahanan dan keazaman pasukan kami.”

Pelan ini tertakluk kepada kelulusan daripada Bursa Malaysia, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk mendapatkan sokongan pemegang saham, dan pengesahan daripada Mahkamah Tinggi Malaya.

Setelah semua langkah selesai, Capital A akan keluar dari status PN17, menandakan berakhirnya usaha pemulihan kewangannya.

“Dengan semua kelulusan di tempatnya, kami yakin dapat melaksanakan strategi kami untuk mencapai pertumbuhan mampan dan nilai jangka panjang, membina Capital A yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” katanya

BBerkaitan

Latest articles