Tiga Individu Belasah Pelajar IPT Dibebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar cedera selepas dipulul rakan sekuliah di dalam bilik asram, dipercayai kerana salah faham.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa sekitar jam 6.45 petang Selasa lalu.

Mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan cedera pada bahagian telinga, luka dan bengkak di bahagian atas kening sebelah kanan.

Mangsa turut mengalami lebam di tangan dan kaki kiri, kesan merah pada bahagian perut dan leher.

“Berdasarkan siasatan, motif kes kejadian pukul berlaku kerana selisih faham dan provokasi antara mereka dalam bilik asrama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai tiga suspek lelaki warga tempatan berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan dan direman selama tiga hari mulai 18 hingga 20 Disember bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles