Along Cham Mengaku Tak Bersalah Miliki Ganja

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja di kediamannya di Cyberjaya pada Sabtu lalu.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Ahmad Fuad Othman.

Along, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim kemudian menetapkan 27 Januari 2025 bagi sebutan semula kes.

Bekas peserta program realiti Raja Lawak itu didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Along yang diwakili peguam, Mohd Fadzly Hashim memohon untuk diikat jamin namun ditolak oleh hakim.

BBerkaitan

Latest articles