Rayyan Wong Dibebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong yang ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi Diraja dan Perdana Menteri dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, pemuda berusia 22 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, mahkamah telah menolak permohonan reman terhadap pemuda berusia 22 tahun itu kerana dia telah membuat permohonan maaf.

“Siasatan bagaimanapun tetap diteruskan dan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dala kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai kandungan berunsur penghinaan terhadap Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial, baru-baru ini.

Penahanan dibuat susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut polis siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Rayyan Wong menerusi satu hantaran di media sosial turut mengeluarkan permohonan maaf berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Katanya, kenyataan itu dibuat tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

“Saya minta maaf geng tentang kenyataan makan di restoran tiada sijil halal rupanya ia ada sijil halal. Minta maaf kekhilafan sendiri kerana tidak buat kajian lebih lanjut.

“Saya dah turunkan video itu, yang sekarang sudah cecah 2 juta orang tengok (tontonan). Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles