PUTRAJAYA — Malaysia dan Thailand bersetuju untuk terus memperkasa perdagangan intra-ASEAN dan pelaburan bersama dengan sasaran sebanyak AS$30 bilion (RM133.81 bilion) menjelang 2027, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, sasaran itu perlu diusahakan bersama kerana kedua-dua negara memiliki potensi ekonomi yang amat besar.
Dalam perbincangan, kedua-dua pemimpin menegaskan kepentingan menyiapkan projek-projek utama yang seperti Projek jajaran jalan raya yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, Pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang dan Sungai Golok
turut disentuh PM dan rakan sejawatnya dari Thailandm Paetongtarn Shinawatra itu adalah mengenai kerjasama pengurusan air antara Sungai Kelantan dan Sungai Golok bagi menangani cabaran di kawasan sempadan selatan Thailand dan Malaysia, termasuk Kelantan dan Terengganu.
Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin itu turut bersepakat untuk menyokong usaha perdagangan intra-ASEAN serta memacu sasaran perdagangan dua hala sebanyak USD30 bilion menjelang 2027 melalui Pasukan Petugas Bersama Perdagangan dan Pelaburan.
Dan Malaysia menyatakan komitmen berterusan untuk memfasilitasi proses dialog damai di wilayah sempadan selatan Thailand.
Menurut Perdana Menteri lagi, Kedua-dua negara sedang membangunkan Pelan Komprehensif Ke Arah Keamanan yang menekankan dua aspek utama iaitu Keamanan Mewujudkan suasana damai yang kondusif dan juga Pembangunandengan Melabur secara fokus di kawasan selatan Thailand dan Melayu Tenggara untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.
Menyentuh pula mengenai ASEAN, Kedua-dua negara menegaskan pentingnya pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara (5PC) untuk membawa Myanmar kembali ke pangkuan ASEAN.
Menyentuh mengenai Laut China Selatan kedua-dua pemimpin terus Menekankan penyelesaian secara aman mengikut prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS 1982 serta isu di Timor-Leste dimana Malaysia dan Thainlad bersetuju untuk menyokong usaha menjadikan negara itu sebegai anggota penuh ASEAN, dengan memastikan semua syarat dipenuhi sebelum Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei 2025.