KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau akan menjawab spekulasi berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor dan penyertaannya ke dalam PKR dalam masa terdekat.
“Kita ada dengar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat kenyataan bahawa beliau akan kekal sehingga akhir penggal,” katanya.
Bahkan Tengku Zafrul turut menafikan kaitannya dengan Kongres Nasional PKR yang sedang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Reaksi ringkas itu menyusul selepas Tengku Zafrul dikaitkan bakal menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menjadi Menteri Besar Selangor.