Hakim tetapkan 9 April bagi kes Bung Mokhtar dan Isteri

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tujuh hari bermula April 2025 bicara bela diri Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta.

Tarikh-tarikh itu ialah 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025 yang mana perbicaraan bela diri itu didengar dihadapan hakim baharu Rosli Ahmad.

Sebelum ini, pada peringkat perbicaraan pendakwaan kes itu telah didengar oleh Hakim Rozina Ayob yang mana hakim itu telah memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri padan2 September 2022 sebelum hakim itu berpindah ke tempat lain.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan dan mengekalkan wang jaminan RM100,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Semasa prosiding, peguam Datuk Seri K. Kumaraendran, Ashok Athimulan dan Ridha Abdah Subri masing-masing mewakili Bung Moktar dan Zizie Izette memaklumkan pihak pembelaan akan memanggil antara lima hingga enam saksi pembelaan termasuk anak guam mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi, melalui Zizie Izette di Public Bank, Cawangan Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama

BBerkaitan

Latest articles