PUTRAJAYA — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Sistem Wireless Bridging (WBS) di Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid, Keningau, untuk memperluaskan capaian internet di kawasan pedalaman.
Inisiatif Yang melibatkan kos RM300,000 dan akan memberi manfaat kepada 158 pelajar, 15 guru, serta 480 penduduk sekitar itu merupakan sebahagian daripada Program Bitara Madani, bertujuan mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
Menterinya Chang Lih Kang berkata Projek ini menyediakan internet satelit berkelajuan tinggi selama tiga tahun dan dirancang sebagai penyelesaian sementara untuk kawasan yang belum menerima liputan tetap. Ia turut melibatkan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), SabahNet, dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).
“Projek ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan rakyat, terutama komuniti yang masih ketinggalan dari segi akses internet,” katanya.
Tambahnya Projek perintis ini dianggarkan menelan kos sebanyak RM300,000 yang meliputi langganan internet satelit berkelajuan tinggi selama tiga tahun dan pemasangan sistem WBS. Kemudahan ini akan memberi manfaat kepada 158 pelajar, 15 guru, serta 480 penduduk di kawasan sekitar.
MOSTI menyatakan bahawa peruntukan ini adalah wajar berdasarkan potensi pulangan dalam bentuk peningkatan kualiti pembelajaran serta pembangunan keusahawanan digital di kawasan pedalaman.
“Pemasangan WBS, yang boleh disiapkan kurang dari sebulan, membuktikan keberkesanannya dalam memberikan solusi pantas kepada kawasan yang masih kekurangan liputan internet,” jelasnya.
Tambah Chang lagi, Kementeriannya berharap teknologi ini dapat menjadi pelengkap kepada inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela), membawa Malaysia lebih dekat kepada aspirasi liputan jalur lebar 100% menjelang 2025.
Beliau yang merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Arthur atas sokongan beliau dalam merealisasikan projek ini di kawasan parlimennya dan turut menngucapkan Terima kasih jkepada pasukan teknikal dan semua agensi yang telah berganding bahu menjayakan projek ini katanya.