Dalam satu temubual Datuk Seri Yeoh Seok Hong, Pengarah Pengurusan YTL Power International baru-baru ini dengan The Edge Malaysia Weekly, beliau menyatakan YTL Power sedang membina pusat data bernilai RM19.2 billion atau bersamaan US$4.3 bilion yang memfokuskan kepada Artificial Intelligence (AI) di Johor, Malaysia, menggunakan GPU Nvidia GB200 NVL72 yang terkini.
Pusat data ini adalah teras kepada cita-cita Malaysia untuk menjadi negara AI ke-20 terbaik di dunia. Walau bagaimanapun, penangguhan dalam pengeluaran cip Nvidia telah menjejaskan jadual projek ini, dengan operasi dijangka bermula sekitar tengah 2025. Nvidia adalah rakan kongsi utama, dan hubungan ini memastikan akses utama kepada cip untuk YTL, tanpa persaingan langsung dengan pelanggan hyperscaler Nvidia.
YTL Power mempunyai strategi kewangan dalam memastikan kedudukan saham berada pada prestasi yang baik. Walaupun harga saham YTL Power jatuh 40% disebabkan penangguhan projek dan kebimbangan pasaran, penganalisis kekal optimis dengan sasaran harga antara RM4 hingga RM7.45 sesaham.
YTL Power mempunyai kedudukan tunai sebanyak RM8.89 bilion, nisbah gearan bersih 1.2x yang boleh diuruskan, dan aliran tunai yang stabil daripada operasi sedia ada, termasuk perniagaan utiliti di Singapura, aset air di UK, dan operasi 5G sedia ada.
Menurutnya, biarpun ada cabaran luar yang dihadapi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat projek 1BestariNet, yang mencetuskan ketidakpastian dan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sentimen pelabur.
Landskap 5G yang sedang berkembang dan pelantikan U Mobile sebagai operator rangkaian kedua mungkin merosakkan kedudukan DNB, yang menyebabkan kebimbangan mengenai perniagaan 5G YTL.
Tambah Datuk Seri Yeoh, anak syarikat Ranhill Utilities milik YTL dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan air di Johor disebabkan oleh kemasukan pusat data. Permintaan air dijangka meningkat sebanyak 30% dalam beberapa tahun akan datang, dan pegangan YTL dalam Ranhill memberi kelebihan dalam menangani keperluan ini.
Selain itu menurut Datuk Seri Yeoh, YTL Power turut memberi tumpuan kepada strategi pertumbuhan kapital besar, termasuk projek tenaga di Singapura dan infrastruktur air di United Kingdom (UK), yang menyokong kestabilan kewangan jangka panjang.
Kesimpulannya, projek pusat data berfokuskan AI YTL Power dan perkongsian strategik dengan Nvidia meletakkan syarikat ini sebagai peneraju dalam infrastruktur AI dan pengkomputeran awan (cloud). Walaupun penangguhan dan tekanan luar (seperti siasatan kawal selia dan persaingan 5G) memberi kesan kepada prestasi sahamnya, penganalisis percaya asas kukuh syarikat dalam utiliti dan infrastruktur akan mendorong pertumbuhan untuk jangka masa panjang.