Anggota ATM Ditahan Bawa Dadah Di Jalan Ipoh

Seorang anggota tentera berusia 37 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah restoran di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, semalam, selepas didapati memiliki pelbagai jenis dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata  bahawa penahanan saspek  dilakukan oleh anggota rondaan dari Balai Polis Jinjang pada jam 3.30 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 6.75 gram methamphetamine, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam seberat 38.39 gram, dan pil yaba seberat 1.49 gram. Ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Siasatan awal mendapati dadah tersebut dipercayai untuk kegunaan sendiri. Suspek kini direman selama tiga hari, bermula semalam hingga 8 November, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, serta sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih daripada sembilan kali, bagi kesalahan memiliki dadah dalam kuantiti tertentu.

BBerkaitan

Latest articles