1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka Ujar YTL Power International

YTL Power International  hari ini menafikan sekeras-kerasnya sebarang salah laku, dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai “serius dan merosakkan” reputasi mereka tegas syarikat berkenaan susulan laporan berita mengenai siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas projek 1BestariNet.

Menurut YTL Power International mereka telah menekankan pematuhan mereka terhadap kewajipan undang-undang dan kontrak sejak projek tersebut dimulakan dan menegaskan bahawa syarikat itu sentiasa mematuhi tanggungjawabnya di bawah kontrak 1BestariNet dengan kerajaan Malaysia.

Menurutnya lagi  tiada pelanggaran terma kontrak atau undang-undang yang berkaitan dengan projek tersebut, dan mereka telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan SPRM.

Kami telah menjalankan kewajipan kami kepada Kerajaan Malaysia dengan teliti sejak permulaan projek dan menegaskan bahawa YTL Communication telah dianugerahkan kontrak tersebut selepas melalui proses tender terbuka oleh Kementerian Pendidikan (MOE) katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Syarikat itu lagi, Kontrak yang dimenangi pada November 2011 itu dianugerahkan kepada YTL Communication kerana tawaran mereka dianggap paling mematuhi spesifikasi teknikal dan paling kos efektif daripada 18 pembida lain.

Fasa pertama kontrak bermula pada Mei 2012, diikuti dengan fasa kedua pada Ogos 2016. Kedua-dua fasa siap sepenuhnya pada Jun 2019 dan telah disahkan oleh MOE.

Dalam pada itu, Syarikat itu turut meluahkan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai tuduhan berniat jahat oleh pihak-pihak tertentu yang telah memberi kesan terhadap persepsi awam dan mencemarkan imejnya.

YTL Communication kini menyatakan bahawa mereka sedang mendapatkan nasihat undang-undang untuk menangani dakwaan fitnah ini serta melindungi hak undang-undang dan reputasi mereka.

Walaupun menghadapi cabaran ini, YTL memberi jaminan kepada orang awam mengenai kerjasama berterusan mereka dengan SPRM dan menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan.

Syarikat itu menyatakan keyakinannya terhadap penyelesaian yang positif, dengan berkata, “Kami tetap komited terhadap ketelusan sepanjang proses ini dan yakin bahawa perkara ini akan diselesaikan dengan baik tidak lama lagi.”

BBerkaitan

Latest articles