KPT Umum Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian untuk Pelajar dan Pengajar Beragama Hindu Sempena Deepavali

Kuala Lumpur, 26 Oktober – Sempena sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus untuk pelajar dan pengajar beragama Hindu di semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Inisiatif ini melibatkan universiti awam, politeknik, dan kolej komuniti di seluruh negara.

Melalui perbincangan bersama jabatan yang terlibat, KPT memaklumkan bahawa sesi PdP dalam talian ini akan dilaksanakan pada 28 hingga 30 Oktober 2024 (Isnin hingga Rabu) serta 1 November 2024 (Jumaat).

Langkah ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk pulang dan menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga mereka tanpa mengabaikan komitmen akademik.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT, serta rakyat Malaysia beragama Hindu, dengan ucapan, “Deepavali Nal Valthukal.”

BBerkaitan

Latest articles