Boleh bahas butiran hukuman tahanan rumah yang tak dibaca PM – Timbalan Speaker

Butiran mengenai hukuman tahanan rumah sebagai alternatif kesalahan tertentu yang tidak dibaca Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 Jumaat lalu tetapi tertera dalam teks yang diedar, dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Takiyuiddin Hassan (PN-Kota Bharu) sebaik selesai sesi soal jawab sambil memohon petua dibuat Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan sidang, sama ada ia boleh turut dibahas.

@therakyatinsightTimbalan Speaker benarkan teks tidak dibaca PM ketika perbahasan di dalam parlimen dibahas

♬ original sound – The Rakyat Insight

“Dalam ucapan teks diberikan kepada Yang Berhormat terlebih dahulu, ada perkara yang Menteri Kewangan tidak sebut.

“Memandangkan teks (ucapan) “hard copy” atau “soft copy” sudah diedar kepada semua dalam Dewan ini, walaupun Menteri Kewangan tidak sebut perkara itu, saya membenarkan ia dipersoalkan.

“Jika Yang Berhormat nak bangkit perkara yang tidak diucap Menteri Kewangan, silakan baik oleh Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang dan akan dijawab pada penggulungan oleh Menteri Kewangan nanti,” kata Ramli.

BBerkaitan

Latest articles