Warga Asing Miliki Pisau Lipat, Patahkan Penggilap Cermin Kenderaan Ditahan

BATU PAHAT: Polis menahan lelaki yang didapati mematahkan penggilap cermin beberapa kenderaan milik orang awam yang di parkir di Terminal Bas Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata suspek yang juga warga asing berusia 25 tahun ditahan selepas perbuatannya tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan polis berdasarkan rakaman video terbabit mendapati kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, polis daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menahan suspek pada hari sama untuk siasatan lanjut.

Shahrulanuar berkata, tiga kertas siasatan dibuka membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Selain itu, Shahrulanuar berkata, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

BBerkaitan

Latest articles