Belanjawan 2025: STR, SARA Dinaikkan Kepada RM13 Bilion

KUALA LUMPUR: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat sebanyak RM3 bilion iaitu daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, peningkatan itu akan terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60% penduduk dewasa negara.

“Ini bermakna pada tahun hadapan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA bernilai RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April depan dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, golongan bujang pula akan menerima STR bernilai RM600 hasil tambahan peruntukan sama.

Jumlah itu sekali gus membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

BBerkaitan

Latest articles