YTL – Sea Digital Bank Dijangka Dilancar Secara Rasmi Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR –Penyedia Platfom Digital bank, YTL-Sea Digital Bank dijangka mula menawarkan perkhidmatan mereka hujung tahun ini sebelum dilancar secara rasmi pada januari 2025.

Memetik laporan Portal The Sun,Ketua Pegawai Produk YTL-Sea Digital Bank, Foong Chee Mun, berkata infrastruktur teknologi telah disiapkan seawal Januari tahun ini, namun kelulusan pengawal seliaan daripada Bank Negara Malaysia diperlukan sebelum ianya dilancarkan secara rasmi

“ Kemungkinan besar kami akan mendapat kelulusan dalam beberapa minggu lagi. Kemudian, kami akan mengadakan pelancaran secara dalaman. Kami sudahpun menyiapkan Perkara teknikal semenjak januari lalu, dan namun kami tidak boleh melancarkan sehingga Bank Negara memberikan kelulusan mengenainya ,” katanya kepada portal SunBiz di luar acara SCxSC FinTech Summit baru-baru ini.

Untuk rekod pada april lalu Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima pemohon yang berjaya memperoleh lesen bank digital seperti yang telah diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Lima Bank Digital berkenaan adalah Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad; Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd.; dan Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn. Bhd.
Manakala Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad, dan MoneyLion Inc.; dan Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd pula di dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA)

Dalam pada itu Foong memberi petunjuk mengenai ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) yang canggih, termasuk Large Language Models (LLM), yang akan dimasukkan ke dalam YTL-Sea Digital Bank untuk memudahkan pemantauan risiko dan meningkatkan sokongan pelanggan.

Foong menjelaskan bahawa YTL-Sea Digital Bank akan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) canggih, termasuk Large Language Models (LLM), untuk meningkatkan pemantauan risiko dan sokongan pelanggan.

LLM ini mampu memahami bahasa manusia dan mencerna pelbagai kandungan seperti artikel dan berita untuk menilai risiko.

AI tersebut juga membolehkan pengguna memberi arahan melalui teks, suara, atau imej dan mengendalikan transaksi kewangan seperti pembayaran dan deposit.

Foong turut menekankan bahawa teknologi ini tidak menggantikan tugas manusia tetapi membantu menjalankan tugas yang terlalu kompleks untuk manusia.

Ini bermakna ia juga boleh memproses bahan-bahan seperti artikel, artikel berita, dan buku yang dihasilkan untuk kegunaan manusia, dan ia akan dapat memahaminya serta mencipta ejen daripada bahan-bahan tersebut juga,” kata Foong.

“Jadi ini adalah contoh bagaimana ia digunakan, dan ianya sangat berpotensi dalam institusi kewangan katanya.

Pada asasnya, Foong berkata, ini adalah sistem berasaskan risiko di mana ia memproses artikel berita dari seluruh dunia, 24/7, dan hasilnya adalah penilaian risiko dan isyarat.

Foong berkata, ini adalah generasi baru interaksi dengan sistem komputer yang jarang dilihat dalam industri.

“Dan saya dengar khabar angin bahawa ciri-ciri ini mungkin akan dilancarkan di sebuah bank tertentu. Saya tidak boleh memberitahu anda bank mana, tetapi anda boleh teka,” katanya

Untuk Rekod Sea Money merupakan penyedia platform bagi sistem bayaran ansuran SPayLater yang digunakan di dalam platform penjualan atas talian Shopee

BBerkaitan

Latest articles