Penjaga Rumah Amal Terkait GISB Didakwa Rotan Kanak-kanak Enam Tahun

SELAYANG — Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki di sebuah rumah amal berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang.

Mohd Syahid Hanapiah, 35, didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, telah menganiaya mangsa dengan cara merotan kanak-kanak itu yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di premis berkenaan di Bandar Country Homes di Rawang pada waktu pagi Feb hingga Sept 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurilya Ellyna Nor Azmal tidak menawarkan jaminan terhadap Mohd Syahid.

BBerkaitan

Latest articles