QISS komited pertingkat kesihatan rambut wanita

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR:Selepas 30 tahun menjalankan penyelidikan, jenama QISS mengeluarkan produk pertamanya bertujuan membantu mempertingkat kesihatan rambut yang dilihat sebagai simbol keyakinan dan kecantikan dalaman serta luaran wanita.

Pengasas QISS, Josephine Quay berkata, berpegang kepada falsafah ‘Your Hair,Your Brand’ pihaknya sedar bahawa rambut bukan sekadar ciri fizikal, namun ia juga merupakan elemen penting dalam mencerminkan identiti, daya tarikan dan keyakinan peribadi se orang wanita.

Justeru katanya,QISS telah menjalankan penyelidikan menyeluruh berkenaan penjagaan kulit kepala menerusi teknologi terkini dengan memperkenalkan siri penjagaan kulit kepala terbaharu yang menggabungkan inovasi dan bahan semula jadi yang efektif.

Katanya,pihaknya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi membantu wanita mencapai rambut yang sihat dan bersinar serta menonjolkan keyakinan diri dalam kehidupan seharian serta bersosial.

“Pihak kami bersama pasukan profesional komited untuk mengembangkan produk ini dengan menampilkan pendekatan saintifik menerusi bahan-bahan semula jadi yang terbukti berkesan sesuai dengan keperluan wanita moden,”katanya
pada Majlis Pelancaran Siri Penjagaan Kulit Kepala Inovatif, Menyemarakkan Semula Kecantikan dan Keyakinan Wanita, baru-baru ini.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri tetamu kehormat yang juga pengasas dan mentor utama OE Academy, Datuk Wira Dr Calvin Khiu;Nicolas Aw;Datuk Lucas Sea;Thomas Suin dan Datuk Winsen Khiu.

Josephine berkata,beliau percaya setiap wanita berhak memiliki rambut yang sihat dan berkilau kerana semua itu bermula daripada penjagaan kulit kepala yang berkualiti serta formula produk yang tepat.

Beliau yang turut dikenali sebagai Jo Mama berkata,siri produk inovatif ini bukan sahaja bertujuan menyelesaikan masalah kulit kepala dan rambut, malah memberi tumpuan kepada pemulihan menyeluruh persekitaran kulit kepala.

Katanya,produk ini juga membantu meningkat kesihatan rambut secara menyeluruh dan mengembalikan keyakinan wanita melalui penjagaan yang teliti.

“Majlis pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian QISS dalam bidang penjagaan kulit kepala serta menonjolkan komitmen jenama ini untuk terus memacu inovasi dan mencapai kecemerlangan di masa depan,”katanya.

Josephine menambah, menerusi kerjasama diadakan bersama pemain industri, QISS akan terus menyediakan penyelesaian penjagaan kulit kepala premium kepada lebih ramai wanita di seluruh dunia bagi membantu mereka untuk mendapatkan rambut sihat menyerlah serta mempersonakan.

Menurutnya,majlis pelancaran kali ini turut menggunakan tema warna hitam dan kuning melambangkan kecantikan wanita Asia, terutama bagi kulit yang berwarna kuning.

Katanya,ramai wanita menginginkan rambut hitam yang sihat dan bersinar oleh yang demikian pemilihan kedua-dua warna ini mencerminkan aspirasi jenama terhadap kecantikan serta keyakinan.

“Logo jenama QISS juga menggabungkan palet warna yang sama dan mempunyai maksud di sebalik nama jenama tersebut iaitu ‘Q’ berasal daripada nama keluarga Quay, ‘S’ mewakili nama keluarga rakan kongsi,’I’ melambangkan ciri-ciri peribadi, keyakinan dan kecantikan, manakala ‘S’ pula merujuk kepada rambut menyatukan falsafah utama ‘QISS’,” katanya.

Sebagai jenama yang memberi tumpuan kepada penjagaan kulit kepala, QISS sentiasa mematuhi prinsip keselamatan dan kelestarian seperti tiada ujian haiwan, bahan pewarna dan minyak mineral.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk QISS boleh melayari https://qissluxe. com.

BBerkaitan

Latest articles