Jaga Adab Sepanjang Berkempen, Kukuhkan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan semua pihak yang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota supaya menjaga adab dan mengekalkan keharmonian sedia ada di daerah ini.

Bahkan, PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu, perlu menjadi wadah untuk terus menyemai dan memperkukuh semangat perpaduan.

“Minta semua pihak yang terlibat dengan PRK DUN Mahkota sama-sama jaga kehormonian, jaga adab dan tertib dalam keghairahan emosi berkempen selama dua minggu ini.

“Siapapun datang kempen jaga adab, (ikut) Johor cara kita. Kalau masa PRK Simpang Jeram dan Parlimen Pulai memang harmoni tiada isu keagamaan.

“Kita berkempen dengan adab, jadi harap semua dapat teruskan untuk PRK Dun Mahkota,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, semalam.

PRK DUN Mahkota menyaksikan BN mempertaruhkan Syed Hussien, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Untuk rekod pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor berkata, semua pihak tidak boleh mengambil mudah soal keharmonian dan perpaduan.

“Perpaduan yang kita kecapi… teringat kata-kata Tun Hussien Onn iaitu Bapa Perpaduan, jangan ambil mudah perpaduan yangg kita kecapi.

“Perpaduan yang ada hari ini hasil usaha nenek moyang dengan keringat air mata,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles