Menteri WP yang paling teruk dan tak berguna, yang pernah ada ialah TSAM kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) , Gulam Muszaffar yang berang dengan lakonan Pengarah Jentera Perikatan Nasional, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya Tidak pasal-pasal juga YWP pulak terpaksa menanggung hutang lebih dari RM5juta akibat keputusan beliau sewaktu menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Katanya Habis duit YWP untuk bantu kebajikan dan pendidikan warga B40 WP yang memerlukan pada masa akan datang untuk menanggung hutang BTS milik syarikat judi.
Paling sadisnya, yang rugi YWP dan untung BTS syarikat yang teras perniagaannya ialah judi-Berjaya Sport Toto. Sebenarnya niat dia nak tolong atau selamatkan siapa, anak muda kota atau BTS? Katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ghulam yang juga ketua UMNO Bahagian Batu, hutang itu berlaku selepas Tan Sri Annuar Musa ketika itu menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang telah memilih Berjaya Times Square (BTS) milik Taukey Judi Terkenal Tan Sri Vincent Tan untuk melaksanakan Program Usahawan Anak Muda Kota yang akhirnya merugikan.
“ Sebenarnya niat dia nak tolong atau selamatkan siapa, anak muda kota atau BTS? “
“ ketika itu ramai tahu jatuh teruk premis-premis perniagaannya selepas pasca COVID19.”
Kenapa TSAM tidak memilih premis lain yang ada kaitan dengan UDA, MARA atau agensi kerajaan yang lain yang sudah pasti akan membantu pembangunan perniagaan orang-orang Melayu” Soal Ghulam lagi.
“ Itu baru satu sahaja saya bongkarkan, ada lagi beberapa lagi kes, belum lagi isu dan ketirisan yang berlaku Program COVID19 di Rumah Perihatin Hotel Grand Season dengan peruntukkan yang begitu besar oleh kerajaan” ujarnya
Jelasnya TSAM Hidup dengan penuh hipokrasi bila di hadapan rakyat WP yang kurang bernasib baik tetapi dibelakang rakyat, jari memegang dan menghisap cigar harga ratusan ringgit sebatang dengan memakai pakaian berjenama mahal termasuk selipar jamban pun berjenama mahal.
“ Ayat Melayu dan Islam yang keluar dari mulut beliau hanya penuh retorik, munafik dan tunggangan kepentingan politiknya sahaja”
Sekarang ini TSAM masuk ke kampung-kampung memakai jubah, berkopiah untuk mensucikan dirinya dan menjadikan dia yang paling terpaling suci, terpaling Islam dan terpaling Melayu walhal itu semua hiprokasi tahap dewa katanya