Perkukuh semua cawangan agar dapat bantu lebih ramai rakyat

“KITA tidak boleh bekerja sendirian… sebagai sebuah badan sukarelawan yang prihatin,kita perlu perkukuhkan semua cawangan di seluruh negara termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak,”kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat
Sinar Harapan Batu Pahat,Klaus Lim (DNS).

Klaus Lim,36,yang juga dikenali sebagai ‘Abang Susu’ berkata,beliau percaya dengan kerjasama ini lebih banyak program dapat dilaksanakan bersama kerana sesuatu program sudah tentu ada matlamat sendiri dan mahu ia berterusan.

Katanya,kerjasama ini juga membolehkan banyak dana dapat dikumpul supaya dapat disalurkan kepada lebih ramai golongan memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah penjagaan orang tua dan banyak lagi yang kesemuanya bersandarkan kepada keperluan komuniti.

Klaus (tengah) ketika mengadakan program CSR bersama kanak-kanak.

“Inisiatif ini juga dapat membantu meringankan beban Kerajaan dan menyeru agar seluruh cawangan bergiat aktif disamping mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) lain membantu rakyat berdasarkan keperluan,”katanya.

Setakat ini pertubuhan ini mempunyai cawangan di Teluk Intan (Perak),Melaka, Muar, (Johor), Nilai (Negeri Sembilan), Pulau Pinang, Kelantan dan Kuantan.

Turut tersenarai di Miri dan Kuching (Sarawak) Ipoh (Perak),Klang (Selangor) dan Johor Bharu.

Klaus berkata,cawangan pertubuhan ini turut ada di luar negara melibatkan Thailand dan Cambodia bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Menurutnya,menerusi pengumpulan dana yang melibatkan semua cawangan membolehkan pihaknya menganjurkan pelbagai aktiviti sosial termasuk membantu lebih ramai golongan memerlukan menerusi katogeri bantuan yang boleh disalurkan.

Katanya,sebagai contoh seperti program khidmat sosial masyarakat (CSR) yang telah dilaksanakan dengan membantu kanak-kanak berdepan penyakit jantung,jantung berlubang dan kanser mendapatkan rawatan di hospital” katanya.

“CSR yang diadakan ini bukan hanya sekadar membantu masyarakat, malah mempunyai misi untuk menghulurkan lebih banyak bantuan kepada komuniti”.

“Pada masa sama ia juga dapat menyemai dan mewujudkan sikap kasih sayang sekali gus menarik minat masyarakat prihatin untuk turut sama membantu,”katanya.

BBerkaitan

Latest articles