MTPN,CAN komited bantu usahawan tembusi bidang perniagaan di peringkat global

PUTRAJAYA:Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan anak syarikatnya , Connect and Network (CAN) bersama NW Corporate Advisor Sdn Bhd bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa melalui program Kerajaan yang berlangsung hari ini di ibu kota.

Pengerusi CAN,Nicole Ooi Yuet Li berkata, seminar ini bertujuan menyediakan analisis dan panduan praktikal bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia mencapai kejayaan perniagaan lebih besar di peringkat global.

Beliau yang juga pengarah program berkata,seminar ini menampilkan beberapa penceramah terkemuka yang dihadiri 130 peserta terdiri daripada usahawan.

“Pihak kami komited membantu meningkatkan daya saing perusahaan domestik usahawan negara di seluruh dunia,”katanya melalui satu kenyataan.

Sebahagian peserta yang menghadiri seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.Pix ihsan pembaca.

Antara penceramah yang dijemput terdiri daripada Penasihat Perdagangan Akademi Eksport Malaysia (bekas Pesuruhjaya Perdagangan & Pengarah MATRADE), Noraslan Hadi Abdul Kadir dan Pengurus Kanan Bahagian Halal, Makanan & Minuman dan Agro berasaskan MATRADE, Badrul Hisham Hilal.

Turut menyampaikan ceramah,Timbalan Pengarah Bahagian China & Timur Laut Asia MATRADE, Nur Azni Aziz dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MATRADE, Remee Yaakub.

Sementara itu,Timbalan Pengarah Unit Nasihat & Latihan Pengeksport MATRADE, Noor Ezzwanee Ahmad berkata,visi MATRADE adalah meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.

Menurutnya,bagi mencapai matlamat ini MATRADE telah membangunkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (PTPN 2021-2025 ) yang komprehensif bagi memperbaiki ekosistem dalam bidang perniagaan.

Katanya,pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi langkah-langkah strategik seperti mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan, dan pembinaan jenama.

“MATRADE akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan tertentu seperti usahawan asli, wanita dan golongan muda bagi menyediakan bimbingan intensif yang diadakan selama tiga tahun,”katanya.

BBerkaitan

Latest articles