Hakim tetapkan 24 Julai bagi menentukan keputusan JMB Icon Residence

Kuala Lumpur: Mahkamah menetapkan 22 julai 2024 bagi membuat Keputusan kes membabitkan permohonan pengurusan jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) sebuah kondominium berstatus strata di Mont Kiara untuk mendapatkan kebenaran menolak keputusan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Bahagian Kuasa Kuasa Khas 3, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan dari pihak JMB dan dan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi kes yang difailkan iaitu permohonan bagi menetukan keabsahan lantikan Perbadanan Pengurusan (MC) bagi mengambil alih pengurusan Icon Residence Mont Kiara daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Bangunan (COB) sebelum ini.

Peguam yang mewakili MC, New Sin Yew dalam hujahannya berkata tindakan pihak JMB membawa perkara itu ke Mahkamah untuk mencabar keputusan COB adalah satu tindakan yang silap dan tidak berkaitan.

“Kaedah mahkamah menyatakan bahawa apa apa permohonan yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi harus dimulakan secara saman pemula.

“Akta pengurusan strata menyatakan bahawa jika terdapat sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan (COB) boleh memohon kepada Mahkamah,” katanya.

Perbalahan antara wakil JMB dengan wakil penduduk iaitu MC memuncak apabila pihak JMB yang enggan melepaskan pengurusan kondominium itu mencabar keputusan COB di Mahkamah.

Ia bagi menafikan peralihan pengurusan daripada JMB kepada MC sekaligus didakwa wakil penduduk sebagai usaha untuk melengahkan lengahkan peralihan kuasa atas tujuan tertentu.

Wakil penduduk Icon Residence selain itu turut membuat laporan kepada SPRM pada 14 Jun lalu atas dakwaan pengurusan JMB yang baru dilantik 18 bulan lepas melakukan penyelewengan kerana menganugerahkan kontrak penyelenggaraan RM3.3 juta kepada syarikat tidak bertauliah.

Di dalam laporan itu, wakil penduduk turut menyerahkan beberapa dokumen bukti dakwaan mereka mengenai banyak lagi penyelewengan dan salah guna kuasa pihak JMB.

Lebih menghangatkan keadaan apabila kes itu turut dikaitkan dengan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng apabila seorang pegawai khasnya didakwa bertindak sebagai penasihat kepada JMB.

Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong berhubung satu hantaran di Facebook berkaitan kartel JMB.

Pihak JMB diwakili Peguam, Choo Dee Wei

BBerkaitan

Latest articles