KUALA LUMPUR: Selepas prosiding di mahkamah pagi tadi membabitkan ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, petang ini menyaksikan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime itu pula ditahan polis petang ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi.
Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.
Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.